Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
|
|
Falsafah Pendidikan Cikgu Matematik :) |
Setiap guru pastinya mempunyai falsafah ataupun pemikiran tersendiri dalam bidang pendidikan. Cara terbaik bagi saya untuk menghuraikan falsafah pengajaran saya adalah dengan mengatakan bahawa saya suka serta berminat untuk mengajar. Matlamat pertama saya dalam bidang pendidikan ini adalah untuk membina hubungan dengan pelajar saya melalui cara mengingati setiap nama dan serba sedikit tentang latar belakang mereka.
Selain itu, saya akan memastikan di dalam kelas saya akan ada banyak pembelajaran interaktif yang melibatkan komunikasi antara pelajar dan guru. Dengan cara ini, para pelajar tidak akan berasa bosan dan lebih fokus ketika berada di dalam kelas serta cara ini juga dapat membantu untuk menerapkan minat mereka terhadap subjek yang saya bakal ajar kepada para pelajar. Secara ringkas, saya percaya bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya, saya perlu menjadikan mengajar sebagai salah satu hobi. Saya berharap suatu hari nanti, saya boleh menjadi seorang guru yang berdisiplin serta disukai oleh para pelajar. Sekiranya demikian, pelajar akan berasa selesa untuk masuk ke kelas saya dan gembira semasa proses pembelajaran. |